Walau ianya sekadar pada awan.
Biar ianya sekadar contengan atas kertas.
Tangan menari-nari atas keyboard sudah lebih sejam.
Nota yang berada ditepi ini biarkan sahaja bersendirian sebentar.
Backspace button ditekan berulang-ulang kali.
*Senyum segaris*
________________________________________________________
Guardian Angel (storybook-i)
-Prologue-
Kaki melangkah laju menuju ke basketball court di sebelah Politeknik Ungku Omar. Mata acapkali menoleh ke jam tangan, risau andai dirinya benar-benar lewat dari masa yang dijanjikan. Arus trafik yang sibuk di kala waktu begini langsung tidak membantunya walau sedikit pun. Malah, membuatkan dirinya lagi runsing. Serabut dengan segala yang ada didepan mata. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10 minit jadi 30 minit.
Mahu salahkan siapa kalau bukan diri sendiri. Mike mengeluh kecil.
"Dude! You're late!" sampuk Ash dari belakang. Mike senyum sengih sambil angkat kening menyapa kawannya yang lain. Bag galas yang dimilikinya sejak zaman kolej dicampakkan ke tepi. Penutup botol air Spritzer dipulas ganas. Dahaga!
"Aku baru habis kerja la woi! Nak ajak aku main pun agak la. Kau ingat dekat ke apa?" Balas Mike. Dalam banyak-banyak hari, hari Sabtu jugalah En. Yaakob ni suruh datang kerja.
"Lepak la bro. Kau datang ni aku dah cukup bersyukur dah. Sebenarnya aku ajak kau datang sini bukan sebab nak main bola. Aku ajak sebab nak minta kau temankan aku jumpa orang, boleh?" kata Ash laju.
"Dekat mana? Siapa yang kau nak jumpa sampai kena ajak aku ni? Mike buat muka pelik.
"Bakal isteri aku," Sengih Ash.
Spontan tangan Mike menolak bahu Ash. "Woah! Apsal aku tak tahu apa ni? Tahniah! Siapa yang bertuah tu? Aku kenal tak?"
"Jom bergerak ke AEON Station 18.. Cakap sekarang tak surpriselah." ujar Ash sambil ketawa kecil. Hatinya cukup berbunga. Akhirnya, masanya tiba juga. Jenuh juga ibu memujuk agar dirinya memikirkan masa depan.
Kereta mula meninggalkan kawasan parkir menuju ke arah yang ingin dituju. Setiba mereka di ruang legar shopping mall AEON station 18, Ash menekan papan kekunci telefon tangannya, mendail seseorang. Bakal isterinya barangkali.
Ucapan bertukar. Dari tutur kata Ash, nampak gayanya pertemuan mereka bakal berlangsung di Vincci.
"Nice. Dalam banyak-banyak tempat boleh jumpa, kedai jual kasut juga dipilihnya. Perempuan." Getus hati Mike dalam diam.
"Ha.. Itu dia." Kata Ash pantas. Mike mengangkat muka memandang ke arah yang ditunjukkan Ash. Kelibat seorang wanita yang sedang duduk dibangku merah dalam kedai dengan buku ditangannya.
Ash sudah jauh kehadapan menegur wanita yang sedang duduk itu. Kedengaran ucapan salam bertukar antara Ash dan wanita itu. Mike kaku sesaat dua diluar kedai. Tidak pasti samada perlu masuk atau tidak.
Yang pasti, wanita tadi memandangnya kini. Tepat pada dirinya.
"Ni.. Kenalkan Mike. Kawan satu universiti dulu." Ash menepuk bahu Mike perlahan sambil memperkenal sahabatnya kepada wanita itu.
"Muhammad Ikhwan B. Emran. Panggil Mike je. " Ujar Mike perlahan. "So, bila aku nak dapat kad kahwin ni Ashraf?" Sengaja soalan itu ditujukan pada Ash.
"Tanya dia." Balas Ash pendek. Mike mula gelisah melihat wanita membuka tas tangannya mengeluarkan sampul surat biru.
Tuhan. Tolong katakan bukan dia.
Aiqha. Itu panggilan nama wanita yang dihadapannya saat
Sampul biru dibuka cermat. Tertera nama Ashraf Fadhli dan pasangan hatinya.
"Semoga bahagia.." monolog hati Mike. Kad dimasukkan semula dalam sampul. Tiada kata yang mampu diucapkan sekarang, hanya senyuman sahaja yang mampu diberikan.
"Ain dah siap pilih kasut ke belum?" Soal Ash sambil memandang kasut-kasut yang ada.
"Sudah. Ain tengah bayar rasanya." Balas Aiqha ringkas.
"Eh.. Mike. Apasal kau senyap sangat ni? Kau ok ke?" Ash mula perasan Mike diam sahaja sejak tadi. Mungkin tidak selama agaknya, fikir Ash.
"Kau tunggu sini kejap. Aku pergi cari bakal isteri aku dulu." sambung Ash. Mike buat muka pelik. Buat apa nak dicari lagi kalau orangnya sudah didepan mata.
"La.. yang depan mata ni apa.. kenapa nak pergi cari lagi," usik Mike. Automatik dua pasang mata tadi berpandangan sesama sendiri.
"Erk.. Saya bukan orangnya. Sorry tak perkenalkan diri tadi. I'm Aisyah. Aisyah Kamaruddin. Boleh panggil Aiqha je." Hampir tersedak Mike dibuatnya. Eh. Bukan nama dia ke yang aku baca tadi.
"Bakal pengantin tu Ain, adik saya." sambung Aiqha. Ash beredar dari mereka sambil tersengih-sengih ketawa. Mike menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kes silap orang.
"Sorry. I thought you're the one who's getting married." Mike mengipas mukanya yang agak panas.
"It's okay. Ramai ingat benda yang sama."
Sunyi buat seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Bayang Ash atau Ain masih tak kelihatan.
"So.. What are you doing here?"
Mike! Boleh tak kau guna otak kau tu fikir soalan bijak sikit. Dah bunyi macam cheesy pickup line dah ni.
"Teman adik. Jadi chaperone tak bertauliah. Kau?" balas Aiqha.
"Same. Lama tak jumpa kau. Good to see you here." Mike mengangguk kecil.
"How's life for the past years?" soal mereka berdua serentak.
"You first.." Mike memberi peluang.
"As usual. Nothing too exciting. Habis belajar, kerja.. Macam itulah." ulas Aiqha pendek. 3 tahun yang tak memberi apa-apa makna. Sama seperti manusia yang berdiri disebelahnya kini.
* * * *
(i) Mike - Monologue.
"Antara satu dan dua. Masakan aku bisa memilih antaranya. Satu, si dia yang memberi erti sejak mula. Dia yang aku kenal sejak dahulu kala. Walau bukan aku yang dia pilih, tetap dia yang hati aku tertarik. Sebab dia tetap yang pertama. Bukan kedua mahupun yang seterusnya.
Untuk yang kedua, kau hadir dikala aku tak punya siapa. Kau tiba tatkala dia yang pertama pergi tanpa berita. Soalnya bukan pada siapa yang ada, tapi pada siapa yang aku sanggup habiskan masa bersama untuk selamanya.
Ini bukan perkara picisan yang boleh aku pandang sebelah mata. Melontar dadu untuk sebuah jawapan. Ini soal amanah dan pasti aku dipertanggungjawabkan atas segala keputusan yang aku tekadkan.
Namun segalanya bermula dan berakhir dengan Tuhan. Kita cuma manusia. Hamba Allah yang tak punya kuasa untuk menentukan pertemuan kita.
Sudah lama aku redha dengan segalanya."
(ii) Aiqha - Monologue
" Janji yang terbiar. Kata-kata kosong yang pernah terucap. Kisah yang kita sendiri tamatkan. Kita tinggalkan semua dalam catatan lama yang kita tutup kemas dalam diari masa.
Biar sebanyak mana pun penjelasan yang kita berikan. Tidak ada satu pun yang cukup untuk meleraikan kekusutan yang ada. Ayat demi ayat yang kita luahkan seakan penyedap hati yang terluka.
Lalu, kita putuskan agar memilih jalan tersendiri. Kau dan hidup kau. Aku dengan hidup aku. Seakan segala kisah yang pernah dilalui tidak wujud. Seakan kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Dalam ruang waktu yang pernah ada, kita sedar apa yang terjadi. Pasrah.
Ya. Aku tahu. Pasrah dan redha itu dua perkara yang berbeza. Pasrah itu berserah manakala redha itu ikhlas.
Sebab aku juga manusia. Aku juga punya perasaan kecewa.
Namun kini, aku cuba belajar untuk redha. Redha dengan ketentuanNya."
* * * *
(iii) Aku, si tukang cerita.
Ini hikayat tentang manusia,
Bukan perihal malaikat yang tiada dosa.
Ini cerita manusia yang bukan maksum.
Dan aku, si tukang cerita.
Mengeluarkan cebisan kertas buruk dari poketku,
Mengasah pensel 2B yang sudah lama berada dicelahan buku,
Pantas, aku coretkan madah-madah tidak bermakna lagi kaku.
Akan ku ceritakan kisah masa,
Perkhabaran menerusi warkah ini,
Cerita mereka yang meninggalkan,
dan juga hikayat mereka yang ditinggalkan.
_________________________________________________________
Lagi 17 hari sebelum final exam.
Doakan!
Semoga dipermudahkan urusan.
Ya Allah, ease everything for us.
C
20130601
0119
R3KimAve





0 comments:
Post a Comment